Friday, December 31, 2010

...`Variasi kek butter-cream'.....




Kek`butter-cream' yang telah ditempah oleh pelanggan-pelanggan kami untuk majlis pertunangan dan dijadikan sebagai barang hantaran...


...`Pelbagai variasi'.....

Selain daripada kek coklat dan juga kek fondant,kami juga menawarkan kek yang disaluti dengan `butter-cream'.Kek jenis butter-cream ini sesuai untuk dijadikan sebagai kek hantaran atau pun untuk dijadikan kek perkahwinan.Kami telah mendapat maklumbalas daripada pelanggan yang menempah kek ini dengan mengatakan bahawa kek ini tahan serta sesuai jika dibawa dalam jarak perjalanan yang jauh atau pun masa yang agak panjang...

Thursday, December 30, 2010

...`Melangkah lebih jauh'.....








Seterusnya,kami mula mempelajari resipi kek fondant setelah adanya permintaan dari pelanggan serta sahabat handai yang inginkan kek ini untuk dijadikan kek hantaran atau pun kek majlis perkahwinan.Gambar yang ditunjukkan diatas ini adalah sewaktu mula-mula mempelajari pembuatan kek fondant ini...


Monday, December 20, 2010

...`Hari ini dalam sejarah'.....






Hari ini dalam sejarah.Ayahanda Mohd Safari Bin Abdul Jalil telah melangsungkan perkahwinan dengan Zainab pada 2008.Kami sekeluarga serta adik-beradik yang lain mengucapkan selamat pengantin baru.Pihak kami telah pun menyediakan kek coklat (3 tingkat) ini khas untuk majlis perkahwinan ayahanda kami...

Friday, December 17, 2010

...`Permintaan mula bertambah'.....

Permintaan kek ini semakin bertambah daripada rakan-rakan serta sahabat handai.Kami juga telah cuba untuk mempelbagaikan variasi serta idea dari mereka yang inginkan kek ini dan secara tidak langsung ianya mempromosikan kek kukus coklat kami ini...

Thursday, December 16, 2010

...`Abadi dalam ingatan'.....

Kek ini dibuat khusus untuk saudara terdekat iaitu arwah Effendy Yusry(Al-fatihah...) untuk majlis perkahwinannya dan kek ini juga adalah hasil yang pertama dari kami untuk beliau...

...`Maka bermulalah'.....

...Permintaan dari pelanggan...

Maka bermulalah permintaan serta tempahan dari pelanggan-pelanggan yang inginkan kek ini untuk sambutan sesuatu acara seperti hari lahir atau pun dijadikan pembasuh mulut...

Saturday, December 11, 2010

...`Rezeki yang diterima'.....

Mula menerima tempahan setelah membuat promosi serta maklumbalas yang diterima daripada saudara mara serta rakan-rakan.Kek kukus coklat paling banyak menerima tempahan daripada kek kukus buah kerana seperti sedia maklum,kek kukus coklat ini tidak terlalu kering(lembap) seperti kek yang dibakar(menggunakan ketuhar)dan ianya lembut berbanding kek buah yang hanya digemari oleh mereka-mereka yang hanya sukakan rasa rempah serta aroma kandungan yang terdapat didalam kek ini...

Thursday, December 9, 2010

...`Kesinambungan'....


Kek buah.Kek yang diwarisi dari arwah ibu
(Zuraidah Ismail....al-fatihah).
Sempat dipelajari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir dan pergi meninggalkan kami semua.Pada permulaannya,hampir-hampir berputus asa kerana tidak dapat menyamai seperti yang dibuat oleh beliau dari segi rasa serta kualiti namun dengan semangat ingin menyambung tradisi ini serta tunjuk ajar dari mereka yang amat meminati kek buah ini daripada air tangan arwah,alhamdulillah,hasilnya amat memuaskan.......

Tuesday, December 7, 2010

.'Langkah Bermula'.....



Kek yang pertama dibuat adalah kek kukus coklat ini.......Dari mula hingga ke hari ini,kek ini telah pun banyak mengalami perubahan dari segi kandungan serta rasanya setelah mendapat maklumbalas dari pelanggan setia kami yang inginkan kelainan daripada kek-kek coklat lain yang berada dipasaran..........

...Kenangan Mengusik Jiwa.....

.....RESEPI YANG DIWARISI...
BUKU PANDUAN MEMBUAT KEK....
buku ini asalnya dari Puan Narimah sewaktu beliau belajar di London dan telah pun diberi-
kan kepada arwah Zuraidah(Kakak kepada Narimah).Buku ini
sekarang telah pun berada dalam rujukan kami.....



Pembabitan awal dalam dunia pembuatan kek.Secara kebetulan atau pun tidak,bakat yang diwarisi (dari arwah ibu.....al-fatihah...)serta isteri yang juga mempunyai bakat dalam bidang ini diteruskan kesinambungannya untuk pergi lebih jauh..insyaallah...

Monday, December 6, 2010

'Promosi Raya'.....




Promosi kek ini dibuat khusus untuk musim perayaan.Walaupun begitu,kami juga sedia menerima tempahan kek ini diluar dari musim perayaan bergantung kuantiti yang diminta oleh pelanggan....